menjadi selimut kau
terhampar melindungi segala kesejukan kau
aku mahu
menjadi lidah kau
menelan yang pahit , menikmati sang manis
bersama-sama
sungguh kau tiada dua
walau dalam diam kau mencebik
walau dalam kelam kau meruok
sungguh aku menadah tangan bermunajat
moga kau insan yang selama-lamanya bersama aku berkongsi secawan teh
moga kau insan yang selama-lamanya bersama aku berteriak ketawa
moga kaulah insan yang sentiasa beritakan khabar gembira buatku
wahai isteri ,
dan wahai aku si suami kau .
wahai si tulang rusukku ,
dan wahai si Hawa ku .
sungguh Tuhan ciptakan kasih ini buat perantara kau dan aku
sungguh Tuhan satukan cinta kita berlandaskan berkat Nya
aku suami mu .
jangan lampas , aku sentiasa bersama tika subuh hari .
tika kau kendur dan bangun pada malam hari ,
bermunajat dan aku imamnya .
tika kau lemas dugaan dunia ,
menghampar sejadah dan menadah , sedarkah aku dibelakang kau sedang aminkannya .
kerna aku suami mu .
moga aku adalah kekuatan kau , dan kau adalah kekuatan ku . dan moga Allah SWT adalah kekuatan kita bersama .
suami mu .
0 komenkomen:
Post a Comment