Sep 24, 2010

malam di rumah no.5

malam ini tanpa televisyen kotak nipis ,
malam ini tanpa kipas gantung ,
malam ini tanpa ada mana-mana pintu dari rumah no.5 ,
terkuak sedikit pun .
juga enggan menyahut mana-mana panggilan maya .

dan dengan keramaian majlis percintaan halal di rumah sebelah ,
dan dengan secawan teh serta chiffon hijau ,
malam ini malam tanpa semua tetapi ada kita .

ada kita .
yang sedang menunggu awan mahu beranak hujan ,
menunggu memandang langit dari tingkap bilik hujung ,
berdua dan tak terkutik walau sedikit pun ;
selagi masih ada halal antara kita .


dan jika .

15 komenkomen:

Edy G-Minor said...

kau juga pandai menggubah. menulis.
serius.

si kosong said...

ko pun pandai menulis jugak...lagi menusuk dari penulisan aku.huhu

salam prkenalan..

si kosong said...

ko pun pandai menulis jugak...lagi menusuk dari penulisan aku.huhu

salam prkenalan..

si kosong said...

ko pun pandai menulis jugak...lagi menusuk dari penulisan aku.huhu

salam prkenalan..

saraa said...

edy : haaha , sumpah , biasa2 shj :)

si kosong : sbb kau puji aku , aku app ketiga2 komen kau . eh , haaha .
tapi kau punya lagi tertusuk . aku suka .

si kosong said...

hahaha...aku terkadang je blh menulis mcm tu...

saraa said...

yg terkadang tu org ckp bila dah start menulis..ada umphhh!

si kosong said...

hahahah..pandai la ko..tp ntah la,kalau sikit2 tu blh la kot

saraa said...

btl ,
aku paling suka baca tulisan org yg jarang2 menulis .
sbb bg aku ,
dia btl2 tulus menulis ,
dari hati .
betul2 nak kasi orang lain rasa apa dia rase :)

si kosong said...

hahaha..ko mmg hebat la..aku respek

saraa said...

sambil kesat spek tebal ,
'' apa hebat , kalo hebat aku ta kosongkan kertas add math aku''

sobsob

si kosong said...

ingat satu hal..hebat kita tak bergantung pada nilai markah exam..

hebat kita pada perjalanan yang kita tempuh.

pegi jmpa org yang dpt add math A+,tanya dia "penah ko alami hidup mcm aku?"

saraa said...

haaha .
kau betul2 buat aku tersedar .

mungkin selama ni ,
aku mbesar dgn makhluk2 yg gilakan dunia ,
smpai tak sedar aku yg setinggan nh ada kat celah2 diorang .

sbb tuh aku budak sekolah yg tipikal .

si kosong said...

yg tu bagus,bila membesar dgn org2 yg gilakan dunia..sb nanti kita akan belajar, "mcm ni rupanya jadi manusia"

dan pengalaman "jadi manusia" tu la buat kita hebat.

saraa said...

dan usaha adalah teman terbaik aku .

dann,
sepatutnya aku dah tak sibuk2 dgn blog/fb nh lg kan ?
haaaha .

aku cepat btl tak serius .
ok ok serius .

aku cuba supaya dpt digelar 'manusia' nanti :)