Feb 12, 2011

mencari abang di syurga

0
aku ada abang
kami sama-sama membesar
kami sama-sama panjat pokok bikin gempak gong kampung

1
aku pendek cerita
abang mahu capai layang-layang aku di atas pokok
aku dongak abang terjungkit-jungkit
abang terjatuh dan ada roda empat sedang lalu dengan laju
habis

2
jadi hari ini aku tidur siang
aku bermimpi
aku sedang melompat dari pokok ke pokok
berkaki ayam menuju ke syurga
aku cari abang
aku cari abang di syurga

3
aku masih dalam mimpi
tapi 10 haribulan 1 lalu
abang ada bilang pada aku
'adik,masih ingat kedai minang yang kita pergi makan pagi itu?'



4
aku terjaga
abang masih tiada di dunia
tiada juga di syurga
di mana abang?

5
lalu aku tidur lagi dan mencari abang di sebalik kata-katanya di kedai minang
'abang mahu pulang.abang akan ke tempat di mana nafas abang dikasi,di mana nadi abang ditetapi'

6
'abang mahu ke syurga?'

7
'kalau abang ke sana,mahu kamu mencari ?'

8
abang,aku sedang mencari
terik aku langkah dan ribut aku redah
burung diam tidak mahu menjawab
rimbunan daun pula tidak mendayu seperti selalu

9
aku seluk poket kanan,mungkin abang jadi kerdil dan menyorok dari ku?
tepuk dahi.
abang kan di syurga!abang di syurga!

10
abang,
abang di syurga,bukan?\
abang sedang melihat aku adik lelaki mu bukan?
abanglah angin yang mengekoriku melompat-lompat mencari syurga itu bukan?
abang yang cium dahi ku itu,bukan?

abang di syurga,kan ?

0 komenkomen: